(Cahaya Keredhaan Kami)
Pewarisku yg. kini berumur 9 bln. (lahir pada 20 Ogos 2010 - Jumaat), setelah 13 thn perkahwinanku baru dpt. si manjaku ini. Bermacam2 dugaan & cemuhan aku terima sebelum ini. Aku redha je. Allah Maha Kuasa. Akhirnya aku dpt. mengandung thn 2007 setelah perkahwinanku genap 10 thn. Tetapi anak sulungku telah lahir & kembali semula ke rahmahtullah pada 26 Okt. 2007 (Hari Jumaat). Hanya Allah yang tahu perasanku ketika itu. Kalau nak diikutkan hati dan perasaan boleh jadi gila meroyan aku dibuatnya. Aku pasrah. Aku kuatkan semangat dalam diri aku supaya aku bangun dari dilitupi bahana kesedihan yg amat sangat. Aku tahu Allah sayangkan aku dan aku amat bersyukur kepadaNYA. Terima kasih kepada suamiku dan keluargaku yg. telah byk. memberi semangat dan dorongan kekuatan utk menghadapi dugaan/situasi ini. Tapi sayang, arwah ayahku tidak sempat utk. sharing pengalaman sedih ini dan menatapi cucunya yg seorang ini. Jenazah kecil anak sulungku itu telah dikuburkan disebelah hujung kaki pusara ayahku. Kini, tiada lagi kedengaran org. berkata-kata yg. aku ini MANDUL.
No comments:
Post a Comment