Pada 12hb Jun 2011 (Ahad) satu penyatuan kengkawan sekolah menengah telah diadakan. Dah 20 thn. berlalu baru dpt. jumpa. Rindu terpendam sudah terlerai. Masing2 bawak suami/isteri dan anak2. Meriahnya suasana di atas bukit Tmn. Warisan Pertanian , Putrajaya. Kalau tak buat reunion ni, tak da makna nyer dan tidak lah payah2 aku akan sampai di Tmn. Warisan tu. Ini first time jejakkan kaki. Nama je dok dekat Putrajaya tapi tak pernah tahu byknyer taman2 yg. ada di Putrajaya. Walau pun cuaca panas, suasana meriah tetap ceria/seronok dengan suara2 kami (paham2 je lah dah 20 thn. tak jumpa), suara anak2 dan suara suami/isteri masing-masing. Kecoh/riuh rendah dibuatnya. Pengalaman pertama aku, seronok naik "Concierge" bersama anakku, sambil dpt tengok pokok buah2an yg. ada kat atas bukit tu. Buah2an tak boleh dipetik/dimkn oleh pengunjung. Geram tengok buah2 kedondong yg. bergayut2 lentuk. Sedih....dpt. tengok je. Nasib baik tak mengandung. Kalau tidak kempunan lah gamaknya. Menurut brother "Concierge" tu hanya Menteri je yg boleh petik/mkn buah2an tu. Kalau tak biar je sampai busuk. Hisshhhh..membazir betul. Memang cantik pemandangan dari atas bukit tu. Sejuk mata memandang sbb byk pokok2 hijau. Oleh itu, aku tuju kan lagu ni pada kengkawan yek....Layan......tapi cuba hayati lirik dan lagunya. Ada makna tu...
Pot-luck
|
Cupcakes Perisa Oren (sebelum topping) |
|
Cupcakes selepas topping. Yum..Yum..
|
Weiiii, kengkawan ada sapa2 nak komen aku nyer cupcakes tak? Sedap ke tak sedap ke? Komen je lah sbb aku nak buat penambahbaikan di masa akan datang ni. Heheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
|
Makanan bersama Pot-Luck (Tupperware tutup biru tu yg. aku bawa) |
|
Anakku bersama Tuan Pengerusi (So Sweet....) |
|
Kengkawan yg. dpt. hadir |
|
Bersama family masing2 |
Kengkawan skrg. ni hebat2 belaka dlm kerjaya masing2. Rezeki masing2 le. Walau pun aku tak sehebat mereka tapi syukur Alhamdulillah ada jugak kerja. Aku puashati sbb aku bermula dari bawah sampai jadi sekarang. Aku dah biasa hidup susah dulu. Kalau ada rintangan yg susah2 dtg., senang je tackle masalah tu (dgn izin Allah) sbb dah terbiasa susah kan. Gaji gomen tak lah byk mana mcm di swasta. Kena jugak aku cari duit lebih. Tu le...aku buat biz sikit2 ni. Ada jugak duit masyukkkk utk. bekalan di masa hadapan utk si manjaku tu. TQVM Aman dan Bob sbb beli produk yg aku jual masa reunion tu. Aku jual yek...Aman, Bob..... Lupa aku nak ckp hari tu.
Kengkawan, nanti kita jumpa lagi reunion akan datang yea.... Mesti double meriah punya.
ayu....aku ni mmg kaki blog...suka jenjalan kat blog orang......and now ur blog jd salah satu tmpt ku tuju.....teruskn ber blog my pren....
ReplyDeletetentang reunion nih..tak dapat nk komen cos aku tak join..hu..hu....hope next time aku leh join korang.......