Wednesday 6 April 2022

Demi-Mu Aku Beristiqomah

 

Ya Batin,

Tiada dapatku membendung keghairahan,
Ternanti-nanti purnama Islam Hijriyah yang ke sembilan,
Ash-Shiyam hanya untuk-Mu yang membalas rahsia ganjaran,
Kerana-Mu Ya Rabbi, daku menyambung tali istiqomah kunci kejayaan.


-Sue@Ayu, 24 Sya`ban 1443, 11.40pm

Friday 1 April 2022

AKU MEMOHON KERANA-MU

 

Ya Khaliq,

"سُبْحانَ اللهِ"

Sungguh indah ciptaan-Mu yang tiada tercapai dek akal makhluk-Mu,
Ia bagaikan bunga merah jambu mengembang mekar indah di pagi hening lagi damai,  
Ia tunduk terkulai hitam jelek tatkala mentari tinggi,
Ia tersiksa layu dalam kelemasan hitam jelek yang ntah bilakan lenyap,
Hanya kepada-Mu ku berserah Ya Mujib,
Tiadalah daku inginkan yang hitam jelek dalam lilitan kukuh bertambah lagi.

-Sue@Ayu, 22032022, 11.43pm

Tuesday 22 March 2022

Demi-Mu, Aku Beristighfar

16 Sya'aban 1443


Ya Ghafur, 

Jasadku tersentap  tika ulang tahun kelahiranku pada pagi hari yang dingin lagi hening. Julat kelihatan positif buat kali keduanya yang ku hadap dari tempoh empat purnama. 

Rabbahu, 

Kumamah manisan hadiah-Mu dengan penuh reda. Bukan mudah mendapat cinta, kasih dan sayang-Mu. 

Ya Tawwab,

Ku lontarkan istighfar kepada-Mu.


- Sue@Ayu, 19032022, 11.03pm

Wednesday 16 March 2022

OMAR AKRAM OFFICIAL




Alunan jari jemari Yiruma

 


KERANA-MU, LA TAHZAN

 

Kutitipkan buat adindaku Surianie Bte Subandi❤️❤️❤️



Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta,

 

Aku reda dengan aturan ketentuan-Mu.

 

Aku pasrah melepaskan adindaku berpulang ke gagang.

 

La Tahzan, titipan penawar buat pujukan hatiku.

 

Kerana-Mu Ya Syakur aku hanyalah hamba milik-Mu.

 

- Sue@Ayu, 14032022, 3.12pm

Tuesday 15 March 2022

KERAJAAN-MU

 Demi Maha Pencipta yang Esa, sungguh indah segala ciptaan-Nya.

 

Melihat unggas berterbangan, berentak sempurna kembang dan kuncup sayapnya.

 

Tiadalah berlaku sesuatu  yang dapat menahannya kecuali- Mu Ya Rabb.

 

- Sue@Ayu, 13032022, 11.50pm