Showing posts with label Ummi' s Corner. Show all posts
Showing posts with label Ummi' s Corner. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Gelagat Anakku Part 1 :))



Di Charity House kat Bangi, Sel



Mandi kolam  (konker sorang2)

Buai Laju-laju, sampai pokok sena, apa dlm baju, sekuntum bunga cinaaaa...

Wednesday, 14 December 2011

Wana Ahli TAWAS



Alhamdulillah....Ummi dah settled kan dah pasal TAWAS etc
Lalalalalaaaaaaa......

Kami Anak-anak Selangor
Dibawah Tabung Warisan  Anak Selangor
Terus gembira, terus ceria
TAWAS untuk semua
Kami berjaya dengan TAWAS
Kami yakin dan percaya dengan TAWAS
Membantu kami maju ke hadapan
Masa depan gemilang
Si Manis! Si Manja!
Akan membantu kami semua
Si Manis! Si Manja!
Anak-anak Tawas akan berjaya!
Si Manis! Si Manja!
Dari TAWAS untuk semua
Si Manis! Si Manja!
Anak-anak TAWAS akan gembira (yeayyy!!!)
Si Manis! Si Manja!
Yow Che Yerr
Womende Ta Zia
Si Manis! Si Manja!
Tawas De Haize
Ziang Hui Cheng Gong
Si Manis! Si Manja!
Anaivarekhem
TAWAS-in Areveppu
Si Manis! Si Manja!
TAWAS-in  Pillaigal
Magelchi Adaivar
YEAYYYY!!!
Terima Kasih SELANGOR!!!

Friday, 19 August 2011

Anakku dah setahun





Wana dah setahun pada 10 Ramadhan 1432H / 20 Ogos 2011 - esok. Ya Allah.....seronoknya nengok Wana dapat jalan Alhamdulillah... Pejam celik pejam celik dah setahun. Cepat sungguh masa berlalu. Umur aku pun dah nak masuk umur MIDI ni. Alhamdulillah aku masih bernyawa di atas muka bumi ini. Terima kasih Allah. Haaaaaaaaa.....boleh lah beraya sakan bawak Wana jenjalan visit saudara-mara nanti. Maklumlah dah 12 tahun kahwin tapi beraya tanpa anak.  Kali ni  WEEeeeeeeeeeeee  (trade mark Angry Birds) nak balas "dendam" (haeh..haeh..haeh..haeh....ketawa Angry Birds menang) mintak duit raya utk. Wana. Meh le.... abg. tercinta kita kenakan mereka cukup-cukup. Hahahahahaaaaaa..........(jahatnya Ummi ni kan Wana kan...). Hishhhhhh......Ummi tak cam tu le Wana. Kalau ada rezeki Wana dapat duit raya, ada le tu....Insyaallah. Aminnnnnn

Sambut Birthday Wana pada 10 Ramadhan 1432H @ 10.15pm

HAPPY BIRTHDAY SAYANGGGGG......


Pi beli kek kat kedai org. Melayu 
First time aku dan hubby sambut birthday anakku sendiri. Betapa gembiranya hati ini tak terkira. Sebelum2 ni, asyik sambut birthday anak2 buah je. Tapi alhamdullilah anak2 buah aku sangat rapat ngan aku. Dulu time2 aku anak dara dulu jaga diaorang.      
Ummi tolong potongkan kek.

Giliran Walid pulak tolong potongkan kek.


                       Anak Ummi nangissssssss tu...tak nak pakai topeng 
Sekarang ni, diaorang dah besar panjang, diorang jaga anakku pulak.. Ibu Yong (dah berhenti kerja) pun sekarang ni jaga Wana. jugak. Hehehehe.......Hidup ini ibarat roda berputar. Hanya ALLAH yang tahu dan DIA telah merancang sesuatu perkara itu sebelum aku tahu kejadian sesuatu benda itu. Syukur Alhamdulillah....

Wana....sayang Ummi, Wana jangan nakal-nakal tau. Be a good gegurl yea. Dah besar nanti belajar pandai-pandai sampai masuk Universiti. Ummi/Walid bukannya orang kaya atau anak orang kaya yang boleh beli apa saja untuk Wana. Kita bukannya org. senang. Kita  org. susah sayang......Skrg ni, Ummi buat berniaga kecil-kecilan, boleh tampung perbelanjaan untuk Wana. Sebab tu lah Ummi suruh Wana belajar pandai-pandai ya sayanggggg..... 
Wana kata "Ummi....  i hate to wear this thing".....
Anak2 buahku. "I Love Them So Much....."

WEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  WEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

Friday, 1 July 2011

BAJU RAYA 2011





Pink kitty dress with hat (tengok dlm gambar)


                                                                   Ni real punya....

Wanaaaaaaaaa....Sayang Ummi.....Manja Ummi.......Bucyuk Ummi......,

Surprise!!!!!. Ummi dah beli baju2 tu untuk Wana.   Hari tu...Ummi excited tengok baju2 tu dlm internet. Alhamdulillah ada rezeki Wana, baju2 tu still available. Ini first time Ummi beli through Online.   Teruja & gembiranya hati Ummi sesgt sbb baju2 tu dah sampai dengan selamat.  Tekstur kain baju2 tu mmg cun, lembut & sejuk bila pakai. Ummi sukaaaaaaaa. Baju2 ini Wana tak boleh pakai sekarang. Tunggu raya, kita boleh pakai baju2 tu yea sayangggg.......


Red Kitty (228) - tengok dlm. gambar je
Haaaaa...ni baru nampak depan mata..real punya....
Tapi Ummi tak sabar2 nak tunggu sampai raya. Hishhh..puasa belum lagi dah nak raya. Apaaa lahhh.... Ummi ni kan Wana kan... kan....kan. Silap2 hari bulan tak sempat tunggu raya ni, Ummi dah pakai kan Wana baju2 tu gi jenjalan nanti. Hahahahahaaaaaaaaa.......Anyway thanks to LJ.



BAJU RAYA 2011 (PART II)


Beli through on-line

Thanks again LJ
Ummi tambah lagi beli baju2 raya utk. Wana.  Siap blogwalking lagi tu, merata Ummi jelajah blog2 org. tersangkut pulak yang ni.
Thanks Wawa
Thanks Nuris. Kasut ni dah pakai dah. Tak sempat tunggu raya.

Gambar ni jelas sikit. 5 pcs in 1 set perghhhhhh
Thanks Ellina
Yg. ni pemberian Mummy Busu. Thanks Busu

Yang ni pi beli kat kedai. Ummi/Walid sendiri guna kaki, jalan2 cuci mata pastu terbeli. WEEeeeeeeeeeee...
Beli kat Updown Reko. Apa kurangnya Uptown ke Downtown tetap ada kualitinya.

sama

Beli kat Mines bukan updown
sama jugak



Thursday, 16 June 2011

BOTOL SUSU BEBAS BPA

Brand Tupperware menjadi pilihan hatiku

Apa itu BPA?
BPA atau Bisphenol A adalah bahan kimia Industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.  Manakala polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

Bahaya BPA - Ia boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh seperti :-
  • merosakkan fungsi imunisasi
  • akhil baligh sebelum masanya
  • Obesiti
  • Hiperaktif
  • Kanser
Bagaimana bayi boleh terdedah dengan BPA melalui botol susu polikarbonat?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:-
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar @ rosak
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
Mengenali botol susu berpolikarbonat

  • Botol  susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui nombor 7, PC dan 'other"
  • Botolnya jernih
  • Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
  • Harganya murah (sehingga ada pakej tiga botol hanya RM7.90)
  • Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
  • Pada bahagian bawah botol, terdapat "nombor" dalam segitiga beranak panah

Mengenali botol susu bebas BPA

  • Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
  • Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
  • Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
  • Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, biasanya satu botol melebihi RM10

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Botol susu perlu dibuang sekiranya:-

  • ia pecah dimana-mana bahagian atau sumbing di bahagian atas.  Ini adalah bagi mengelakkan serpihan daripada botol susu tersebut mencemari susu bayi
  • Terdapat calar pada botol susu samada di bahagian luar atau dalam.  Ini adalah kerana bahagian calar ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria kerana bahagian ini akan sukar untuk dibersihkan dengan berkesan
  • Tulisan sukatan pada botol telah pudar dan hilang kerana ini akan menyebabkan susu tidak dapat dibancuh mengikut kadar yang tepat.

Botol Kaca

Kembali pada fitrah, pastinya sebelum kemunculan botol susu plastik, botol susu kaca menjadi pilihan ramai generasi terdahulu.  Selain bebas daripada kandungan bahan kimia yang memudaratkan, ia juga mudah dibersihkan kerana permukaannya yang licin menyenangkannya untuk dicuci.  Mungkin ramai ibu di luar sana agak bimbang kerana botol susu kaca mudah pecah apatah lagi dikendalikan oleh bayi dan kanak-kanak  yang masih kecil.  Namun, jangan bimbang kerana terdapat botol susu kaca daripada pelbagai jenama yang telah dilengkapkan ciri-ciri keselamatan seperti meletakkan pemegang plastik pada botol susu tersebut.  Selain warna-warni, ia juga tahan lasak berbanding apa yang anda bayangkan.

Sumber : Majalah Nur Jun/2011 (m.s 86-87)

Anakku ceria bersama botol susunya.

Tuesday, 7 June 2011

Anakku

 Nur Ridhwana Mohd Ridzwan
(Cahaya Keredhaan Kami)

Pewarisku yg. kini berumur 9 bln. (lahir pada 20 Ogos 2010 - Jumaat), setelah 13 thn perkahwinanku baru dpt. si manjaku ini. Bermacam2 dugaan & cemuhan aku terima sebelum ini. Aku redha je. Allah Maha Kuasa. Akhirnya aku dpt. mengandung thn 2007 setelah perkahwinanku genap 10 thn. Tetapi anak sulungku telah lahir & kembali semula ke rahmahtullah pada 26 Okt. 2007 (Hari Jumaat). Hanya Allah yang tahu perasanku ketika itu.  Kalau nak diikutkan hati dan perasaan boleh jadi gila meroyan aku dibuatnya. Aku pasrah. Aku kuatkan semangat dalam diri aku supaya aku bangun dari dilitupi bahana kesedihan yg amat sangat. Aku tahu Allah sayangkan aku dan aku amat bersyukur kepadaNYA. Terima kasih kepada suamiku dan keluargaku yg. telah byk. memberi semangat dan dorongan kekuatan utk menghadapi dugaan/situasi ini. Tapi sayang, arwah ayahku tidak sempat utk. sharing pengalaman sedih ini dan menatapi cucunya yg seorang ini. Jenazah kecil anak sulungku itu telah dikuburkan disebelah hujung kaki pusara ayahku. Kini, tiada lagi kedengaran org. berkata-kata yg. aku ini MANDUL.