13 November 2012
Keceriaan terpancar di wajahku, datang dari hati yang gembira kerana ingin
menziarahi rakan sepejabat yang ku panggil Auntie sempena di hari Pesta Cahaya.
Setelah tiba di terataknya yang
diibaratkan seperti sebuah istana emas itu, aku dan orang yang tersayang
disambut oleh anaknya yang merupakan seorang jutawan perniagaan. Mungkin tidak ramai
yang ketahui akan beliau kerana sifatnya yang rendah diri yang sinonim dengan low profile. Ya… walaupun mempunyai
jutaan ringgit, sememangnya keluarga ini tidak pernah sombong sejak dari dulu
lagi hinggalah sekarang. Ku teliti daripada penampilannya yang
bersahaja itu, memang tidak disangkal bahawa dia bergelar Dato’ dan mungkin gelaran Tan Sri tidak mahu
ditonjolkan.
Ku
lihat ada beberapa tetamu yang datang sedang menikmati juadah yang telah
disediakan. Mungkin kami terlalu awal berkunjung di terataknya sebab itu tetamu
yang datang hanya beberapa kerat sahaja yang kelihatan.
Ku
lihat sebuah kolum yang indah bermotifkan seekor burung merak yang sedang mengibarkan
sayapnya telah siap terletak di ruang hadapan tempat menjamu selera. Ku pasti
ada sesuatu yang tersirat disebalik keseniannya itu.
Kolum |
Juadah
telahpun kami nikmati namun, kelibat Auntie tidak jua kunjung tiba. Mungkin
Auntie sedang sibuk didalam terataknya, maklum lah Auntie merupakan ‘orang
utama’ didalam keluarganya. Sambil menunggu kemunculan Auntie, aku dan permata
hatiku merakamkan potret manja dengan bantuan En. Abang sayang.
Dari jauh lagi aura senyuman Auntie membuatkan hatiku gembira tidak
kepalang. Aku hulurkan tangan tanda mengucapkan salam dan menitipkan Happy
Diwali kepadanya. Kami merakamkan kenangan bersama.
Itulah keistimewaan Auntie Devi yang tidak pernah lokek dengan senyuman. Apa jua dalam keadaan dan situasi pun, bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
‘SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH’ .
No comments:
Post a Comment